Selamat Datang

Selamat Datang ke laman blog Pendidikan Seni Visual Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Anda boleh mendapatkan maklumat, memberi maklum balas, serta mendapatkan nota-nota berkaitan Pendidikan Seni Visual.

"A picture is worth a thousand words." - Napoleon Bonaparte

PiOR Perak: Lakar Seni Ipoh 2014

Alhamdulillah pada 11 Oktober 2014 telah diadakan pertandingan Lakar Seni Ipoh PiOR Perak 1MCAT di padang dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Pertandingan ini adalah anjuran Persatuan Pelukis Perak dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs) yang diadakan bersempena dengan program 1 Malaysia Contemporary Art Tourism (1MCAT) 2014. Para peserta diberi masa selama 3 jam untuk menghasilkan karya masing-masing hanya dengan menggunakan arang dan kertas lukisan berukuran A1 yang dibekalkan oleh pihak penganjur.










Koleksi Karya Cetakan dan Catan Kasran

 Termenung di hari lahir (1984) Cetakan Kayu


              Wayang Kulit Series (1985) Akrilik

       Wayang Kulit Series (1985) Cetakan Kayu

Pameran Mihraj (2014) Anuar Radhid

Pameran Mihraj - Anuar Rashid


Bersama karya "Kelahiran Indraputra (1978)


 Bersama pelukis Anuar Rashid







Dari 1st National Alumni eSe-Art

Berita Harian 10 November 2014

1st National Alumni eSe-Arts 2014



Pada 5 November 2014 telah diadakan majlis perasmian bagi program 1st National Alumni eSe-Arts, National Seminar & Exhibition of Art in Education (Pameran & Seminar Pertama Seni dalam Pendidikan) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Ahmad Lothfi Bin Haji Ibrahim, Presiden Persatuan Pelukis Perak, bertempat di bangunan Bitarasiswa UPSI. Seminar dan pameran ini berlangsung dari 28 Oktober hingga 20 November 2014 di UPSI.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni dengan kerjasama Alumni Pendidikan Seni UPSI dan telah dihadiri ahli alumni yang terdiri daripada pensyarah UPSI, pensyarah IPG dan juga alumni dalam kalangan guru sekolah. Penyertaan juga terdiri daripada para pelatih guru dari IPG Kampus Ipoh, dan sebilangan pelajar dari sekolah rendah dan sekolah menengah yang terpilih. Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk mengangkat hasil karya seni alumni UPSI kerana pameran seni belum pernah diadakan secara khusus dan alumni UPSI mempunyai ramai tenaga yang terlibat dalam seni pendidikan.

Selain itu, program ini telah memperlihatkan penyertaan delegasi dari negara jiran, Indonesia. Antara yang terlibat adalah Prof. Dr. Tjetjep Rohendi Rohidi dari Universitas Negeri Semarang, Indonesia. Beliau juga telah menyampaikan ucaptama yang bertajuk 'Peranan Guru Seni dalam Konteks Perubahan Sosial-budaya Masa Kini'.

Seramai 30 orang peserta terlibat dalam sesi pembentangan kertas kerja secara sesi selari sepanjang program ini. Dr. Kasran bin Mat Jiddin turut terlibat dengan tajuk pembentangan 'Catan Cat Air untuk Guru bukan Opsyen'. Sepanjang program ini berlangsung, ia melibatkan pameran hasil karya seni ahli alumni, forum, pembentangan seminar, dan juga pembentangan kertas kerja. Penganjuran "eSe-Arts" adalah sebagai satu platform kepada pembentukan persatuan yang memperjuang dan memperkasa seni dalam pendidikan di negara ini.

Berikut antara beberapa gambar yang sempat ditangkap sepanjang program berlangsung.

Ucapan Perasmian oleh Presiden Persatuan Pelukis Perak
Antara ahli alumni bersama wakil delegasi dari Indonesia
Nampak serius perbincangannya. 
Memberikan penerangan kepada VIP tentang hasil karya yang dihantar
Karya: Zainuddin Abindin Hazir. Media: Besi
Karya: Liu Cheng Hua
Tajuk: Gold Shaft #4
Karya: Zainuddin Abindin Hazir
Tajuk: Asam di Darat Ikan di Laut 1
Para peserta dari IPG Ipoh

Lawatan ke Terengganu 2014


Alhamdulillah..

Pada 29 - 31 Oktober 2014, telah diadakan satu program lawatan ke Terengganu. Program disertai oleh para pelatih guru unit K13 IPG Ipoh dan diiringi 2 orang pensyarah. Syukur alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan selamat.

Jam 4.13 pagi, 29 Oktober, tayar Encik Scania mula bergolek dan meninggalkan perkarangan IPG Ipoh. Dimulakan dengan bacaan doa, bas meluncur santai di atas jalan raya menuju destinasi. Dalam perjalanan, rombongan berhenti seketika di Masjid Jamek Gerik untuk solat subuh. Kemudian, perjalanan diteruskan sehingga ke destinasi. Rombongan telah berhenti di beberapa lokasi untuk berehat dan bersarapan.

Abang2 pilot mengemudi Scania. En. Jumri & En. Fadzil
Berhenti menggigil seketika di Banjaran Titiwangsa
Penat mendaki bukit, dia pun nak minum juga.
Berapa kali agaknya kalau isi viva?
Destinasi lawatan pertama, rumah pengukir terkenal, saudara Zarir Hj Abdullah di Kg. Raja, Besut, Terengganu.
Salah satu hasil ukiran yang masih dalam proses pembuatan.
Antara hasil-hasil ukiran yang dihasilkan. Harga mampu mencecah puluhan ribu ringgit.
Siapa kata pensyarah kokurikulum tak minat seni?Siapa?
Sesi temubual dan penerangan.
Kekaguman terhadap bakat dan kebolehan saudara Zarir. Semua terpaku.
Antara hasil ukiran yang 'tak tercapai akalmu'.
Lukisan 'freehand' dihasilkan sebelum melakukan ukiran. Lukisan pun dah mahal.
Gambar kenang-kenangan pensyarah pengiring bersama saudara Zarir.
Cuba nasib di atas kayu. 
Dah puas meneliti hasil ukiran tradisional, rombongan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Singgah sebentar di Pantai Batu Rakit. Masing-masing nak merasa juadah istimewa di sini, ikan celup tepung.

Bukan ikan je. Udang pun ada.
Merehatkan minda dengan menikmati suasana di tepi pantai.
Bila lapar, sepinggan tak cukup.
Kegembiraan terpancar di wajah apabila dah kenyang.

Kira-kira jam 3.35 petang, rombongan sampai di Kuala Terengganu dan terus menuju ke homestay yang telah ditempah. 
Motosikal polis trafik menunjukkan keadaan jalan mulai sesak.
Cukup besar tak homestay ni?
Keistimewaan yang susah nak dapat, bas boleh parking depan pintu rumah.
Aktiviti-aktiviti lain sepanjang program. Sarapan di Selera Timur, melawat Pasar Payang,  Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.

Tak sabar menunggu nasi. Perut dan berkeroncong katanya.
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.
Selamat menjamu selera.
Berjalan-jalan di kawasan berdekatan Pasar Payang.

Seni ukiran



Masjid Kristal. Di manakah kristalnya? Hehehe.

Pelan Masjid Kristal.
Pemandangan di dalam masjid.
Kubah masjid.

Mimbar masjid.
Jangan terkejut lantai sejuk. Sebab aircond bawah lantai.
Pintu masuk taman monumen. 

Replika Dome of the Rock.
Seterusnya, misi mengambil keropok lekor yang telah ditempah. Lokasi, Kg Bukit Tok Beng, Seberang Takir.

Muka gembira je bila dah dapat keropok lekor.
Speechless.
Petugas-petugas di kaunter. Dah ambil tu jangan tak bayar tau.
Bukan kat bank je beratur. Nak ambil keropok lekor pun kena ambil nombor giliran.
Hari ketiga (terakhir) lawatan ke Terengganu.

Menikmati sarapan sebelum bertolak balik ke Ipoh.
Tak tau la sama ada gembira nak balik Ipoh atau sedih nak tinggalkan Terengganu.

Pembantu setia sepanjang program. Waze.
Singgah di Bukit Bunga untuk solat Jumaat.
Sekian dulu post untuk kali ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat atas kerjasama yang diberikan. Tahniah kerana telah berjaya melaksanakan program ini dengan lancar seperti yang dirancangkan. Lain kali cari destinasi lain pula.