1st National Alumni eSe-Arts 2014



Pada 5 November 2014 telah diadakan majlis perasmian bagi program 1st National Alumni eSe-Arts, National Seminar & Exhibition of Art in Education (Pameran & Seminar Pertama Seni dalam Pendidikan) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Ahmad Lothfi Bin Haji Ibrahim, Presiden Persatuan Pelukis Perak, bertempat di bangunan Bitarasiswa UPSI. Seminar dan pameran ini berlangsung dari 28 Oktober hingga 20 November 2014 di UPSI.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni dengan kerjasama Alumni Pendidikan Seni UPSI dan telah dihadiri ahli alumni yang terdiri daripada pensyarah UPSI, pensyarah IPG dan juga alumni dalam kalangan guru sekolah. Penyertaan juga terdiri daripada para pelatih guru dari IPG Kampus Ipoh, dan sebilangan pelajar dari sekolah rendah dan sekolah menengah yang terpilih. Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk mengangkat hasil karya seni alumni UPSI kerana pameran seni belum pernah diadakan secara khusus dan alumni UPSI mempunyai ramai tenaga yang terlibat dalam seni pendidikan.

Selain itu, program ini telah memperlihatkan penyertaan delegasi dari negara jiran, Indonesia. Antara yang terlibat adalah Prof. Dr. Tjetjep Rohendi Rohidi dari Universitas Negeri Semarang, Indonesia. Beliau juga telah menyampaikan ucaptama yang bertajuk 'Peranan Guru Seni dalam Konteks Perubahan Sosial-budaya Masa Kini'.

Seramai 30 orang peserta terlibat dalam sesi pembentangan kertas kerja secara sesi selari sepanjang program ini. Dr. Kasran bin Mat Jiddin turut terlibat dengan tajuk pembentangan 'Catan Cat Air untuk Guru bukan Opsyen'. Sepanjang program ini berlangsung, ia melibatkan pameran hasil karya seni ahli alumni, forum, pembentangan seminar, dan juga pembentangan kertas kerja. Penganjuran "eSe-Arts" adalah sebagai satu platform kepada pembentukan persatuan yang memperjuang dan memperkasa seni dalam pendidikan di negara ini.

Berikut antara beberapa gambar yang sempat ditangkap sepanjang program berlangsung.

Ucapan Perasmian oleh Presiden Persatuan Pelukis Perak
Antara ahli alumni bersama wakil delegasi dari Indonesia
Nampak serius perbincangannya. 
Memberikan penerangan kepada VIP tentang hasil karya yang dihantar
Karya: Zainuddin Abindin Hazir. Media: Besi
Karya: Liu Cheng Hua
Tajuk: Gold Shaft #4
Karya: Zainuddin Abindin Hazir
Tajuk: Asam di Darat Ikan di Laut 1
Para peserta dari IPG Ipoh